Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Kevin Ramalingam telah mengumumkan satu perkhabaran gembira buat pasukan-pasukan Liga M3 apabila Malaysia Football League (MFL) telah bersedia untuk membayar separuh kos penerbangan kepada mana-mana kelab yang terbang ke Kuching, Sarawak sepanjang musim ini.

“Bukan itu sahaja, MFL turut ingin mengumumkan bahawa pihak MFL bersedia untuk membayar separuh kos penerbangan kepada pasukan Liga M3 yang telah terbang ke Kuching.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

“Bagi pasukan yang telah terbang dan bermain di sana, mereka boleh menuntut kos tersebut dengan menyerahkan invois kepada pihak MFL dan saya berharap pendekatan ini dimanfaatkan sepenuhnya kelab amatur negara kita,” ujarnya.

Sementara itu, pihak MFL juga akan mengadakan perbincangan untuk mencari jalan membantu kos perbelanjaan perlawanan pasukan Kuching FA yang kerap berkunjung ke Semenanjung untuk mengharungi perlawanan Liga M3.

Sebanyak 14 pasukan amatur bertanding dalam Liga M-3 musim ini.

Selepas tujuh perlawanan, Kuching FA kini mendahului dengan 19 mata, satu mata mengatasi DDM FC manakala Kelantan United FC di tangga ketiga dengan 16 mata.