Pasukan Sarawak Coal Resources muncul Johan Kejohanan Liga SetiaRaja Mukah (LRSM) setelah membenam pasukan MPG United 3-1 dalam perlawanan terakhir liga yang berlangsung pada Ahad lalu.

Selaku juara liga, pasukan Sarawak Coal Resources membawa pulang wang tunai RM5,000, baucer sumbangan LSC bernilai RM1000, Piala Pusingan, Piala Iringan dan medal.

Naib juara liga pula disandang oleh pasukan Press Metal Sarawak yang membawa balik hadiah wang tunai RM3,000, baucer LSC bernilai RM800, piala iringan dan medal.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan IPDM FC. Mereka membawa pulang wang tunai RM1,000, baucer LSC bernilai RM500, piala iringan dan medal.

Daro FC yang menduduki tempat ke-empat pula menerima hadiah berupa baucer LSC bernilai RM300 dan piala.

Bagi meraikan kejayaan LRSM, satu majlis malam gala telah dianjurkan oleh Mukah FA (MuFA) bagi meraikan pemenang-pemenang LRSM 2017 di sebuah restoran tempatan di Mukah.

Pada malam itu juga, anugerah pasukan terbaik Fair Play Award turut disampaikan kepada pasukan MY TEAM U20.

Turut menerima hadiah adalah penjaring terbanyak pertandingan, Azizul Jakaria dari pasukan Daro FC. Beliau muncul penjaring terbanyak dengan 7 gol sepajang musim.

Daniel Effino Aiho dari pasukan Sarawak Coal Resources pula dinobatkan sebagai Pemain Terbaik LSRM 2017. – SarawakCrocs.com

Comments