Sarawak FA 2017: Lima pemain Piala Presiden ‘naik pangkat’

Lima pemain Piala Presiden telah diserap ke pasukan utama Sarawak FA bagi musim 2017.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop ketika ditemuramah akhbar Utusan Borneo kelmarin.

Menurut David, Nur Shamie Iszuan, Tommy Mawat, Rodney Celvin Akwensivie, Awang Kamaruddin Awang Bohan dan Abdul Rahim Abdul Razak akan bermain untuk pasukan Bujang Senang pada musim hadapan, sekaligus mendekati matlamat pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang inginkan 90% pemain anak tempatan Sarawak.

Dalam lima pemain tersebut, kelibat Nur Shamie, Tommy Mawat dan Rodney Celvin sudah biasa dilihat oleh peminat bolasepak negara kerana khidmat mereka sering ditagih pada musim 2016.

Mereka juga turut diserap ke pasukan senior oleh bekas ketua jurulatih Sarawak, K Rajagobal pada awal musim lepas.

abdul-rahim-awang-kamaruddin

Dua muka baharu, Abdul Rahim Abdul Razak dan Awang Kamaruddin Awang Bohan adalah pemain bahagian serangan dan tengah masing-masing.

Adalah difahamkan bahawa kedua dua Abdul Rahim dan Awang Kamaruddin berumur 21 tahun.

Untuk rumusan perpindahan terkini pasukan Sarawak, sila ke laman ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top