Selepas Ketua Jurulatih David Usop memberi indikasi bahawa seorang pemain dari Bosnia bakal diuji, spekulasi bahwa ianya adalah Muamer Salibasic memuncak.

Namun, kami baru sahaja mendapat maklukat bahawa ianya bukan Muamer.

Maklumat ini disahkan sendiri oleh Muamer yang menghubungi kami. Tambah Muamer, beliau belum ada perancangan buat masa ini namun percaya pemain yang dibawa ke Sarawak kali ini adalah Edin Ribic.

Menurut Muamer, Edin adalah seorang pemain yang dikenali oleh Ketua Jurulatih Belia Sarawak, Fuad Gbersic.

Dalam pada itu, Muamer turut mengesahkan beliau telah meninggalkan pasukan Sabah.

TAMBAHAN/MAKLUMAN: Kami sedia maklum bahawa Edin Ribic adalah seorang jurulatih penjaga gol setelah dimaklumkan beberapa pembaca. Namun demikian, kenyataan di atas adalah dari Muamer sendiri, dan kami tidak boleh mengubahnya walaupun kenyataan Muamer tersebut mungkin salah. Harap maklum.

12 COMMENTS

  1. x perlu ambik salibasic gik…biar nya remain jadi legend sarawak…mun mok nyuroh nya selama nya dgn sarawak, lama2 kelak nya x perform alu jadi bahan cemuhan…nangga macam Ong Kim Swee, dari zaman remaja nya main ngan Malaysia sampei kinek tok jadi coach malaysia…apa jadi ngan nya? jadi bahan jenaka seluruh dunia.

  2. Ambil je Dari Asia striker Thailand tu ke Sarawak ambil murah sikit lgipun player tu mmg sesuai dgn Sarawak n ganding dgn player Korea n Vietnam mesti gempak liga super nanti

Comments are closed.