Bekas penjaga gol Sarawak, Sani Annuar Kamsani, dan bekas pertahanan Sarawak Mafry Balang yang kini berkhidmat dengan pasukan Pulau Pinang FA (Penang FC) cemerlang dalam aksi mereka bersama pasukan tersebut.
Menurut rekod yang diperolehi SarawakCrocs.com, Sani telah cemerlang di gawang Pulau Pinang dengan mengekalkan rekod tanpa bolos sehingga empat perlawanan setakat ini Liga Premier setakat ini, dan beliau dijangka meneruskan aksi baik tersebut untuk beberapa lagi perlawanan akan datang.
Turut sama cemerlang bersama Pulau Pinang adalah Mafry Balang yang kami fahamkan kini bermasin di posisi tengah (defensive midfielder), yakni posisi berlainan dari yang dimainkan beliau ketika bersama Sarawak FA.
Mafry dikatakan lebih sesuai bermain di posisi tersebut kerana berupaya membuka ruang dan membuat larian dan sekaligus telah banyak membantu pasukan Pulau Pinang mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di Liga Premier setakat ini.
Kedua-dua pemain ini meninggalkan Sarawak pada penghujung musim lalu sunguhpun mereka cemerlang apabila bersama skuad Bujang Senang. Keputusan mereka untuk berhijrah ke Pulau Pinang untuk musim 2015 masih menjadi tanda tanya peminat Bujang Senang sehingga kini.
Pulau Pinang dalam pada itu merupakan satu satunya pasukan di Liga Premier yang belum dibolosi dan belum tewas di Liga Premier. Pasukan yang mewakili Pulau Mutiara tersebut kini di kedudukan kedua liga dan dijangka tidak menghadapi masalah untuk kembali ke Liga Super pada musim hadapan.