Gol saat akhir oleh Bobby Gonzales berjaya menyelamatkan pasukan Sarawak FA dari kekalahan selepas pasukan tersebut berhempas pulas cuba mengatasi pasukan Terengganu FC II di Stadium Ismail Nassirudin Shah malam tadi.
Pasukan Terengganu FC II yang nyata mahu bangkit selepas dibelasah pasukan Sabah FA Jumaat lalu, bermula garang dengan Akanni Sunday mudah menewaskan penjaga gol Sarawak FA, Iqbal Suhaimi melalui satu rembatan deras dari dalam kotak penalti pada minit pertama perlawanan.
Sarawak FA yang turun dengan kesebelasan terkuat cuba untuk menyaingi pasukan tuan rumah dengan melakukan serangan daripada bahagian sayap, namun keampuhan benteng Terengganu FC II terus mengecewakan jentera serangan yang diketuai oleh Mateo Roskam itu.
Pada minit ke 90, Bobby Gonzales akhirnya menyelamatkan maruah Sarawak FA dengan menolak masuk bola hasil pergelutan depan gol, sekaligus melegakan peminat bolasepak pauskan Bujang Senang yang rata-rata menonton perlawanan tersebut secara langsung di TV1.
Keputusan seri itu cukup untuk melonjak pasukan Sarawak FA ke tangga teratas Liga Premier buat masa ini.

RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Bek teruk. Dzul tak ada fungsi
Kalah lagi!!!!
Bru 1 kali kalah.
1st game mnang…ini 2nd
Seri 1-1
yah nang kedak ya sarawak selalu main… dr 5 tahun lepas camyalah kalah kalah kalah…. dihidangkn utk peminat bola sepak sarawak…
Kena terima hakikat bro..level team kita ni ssuai main liga rakyat n liga fam…☺
Bala mnjadi bala….hahahaha
Kejap.kali importkorea ya main
Macam yg 2017….
Orang sama handle pasti sama….mngecewakac..
AJK FAS psti tak stuju dngn komen ini…
Tak apa…terimalah kenyataannya…!
-Seri mungkin sedikit kemungkinan saja…
-kalah besar mungkinnya..
KESIAN SARAWAK .
Sory min..sy tpksa bterus terang n xnk bselindung….swk main kelam kabut mcm budak darjah 6..sprh masa kdua nti pastikn 1 mata bwa blik ke swk
Sapa coach…
Pengiran bala
Pemaim import cda quality d ambik main….mun mcm ya main liga FAM taun depan
Menang sekali.. Kat ya kalah atau seri berkali2. Skrip yg sama tiap tahun.
Rasa2 kitak org mun sidak exco fas letak jawatan sapa dpt ambik tempat sidak ooowwwhh
Hahaha..kalau mcm ni la kualiti pemainan pemain sarawak…tak mau cakap la..
Pemain import pun sama taraf dgn pemain tempatan..tak boleh menghabiskan 90 minit..2 org pmain import..aduiii hancurrr
Sikda Bonus , ya main jogging ajak. HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA
Mun aku sama juak.
#mun bena lah
Lawan dgn kuantan FA ari ia boleh lah nya mkn…apa2 gud luck lah next draw😃😃
dari dulu sampai sekarang tiada perubahan langsung.mcm sial main.
Dh gol dh ya
Sbr…last gol juak dr boby…
Last menit gol….
Dah²….Satu Sama…
Pendapat aku mengenai pemain import, better ambil import yg full speed and stamina, mcm sidak bala Bwele dolok, baru power. Lari 90 minit x henti 👍🏼👍🏼
Import musim 2018, prlu improvement. Steady.
Some of the fans punished and criticised so much. So sad with the mentality of these type of fans.. SARAWAK had done their good job, maybe thats not enough for us but still they fought until the end kan.. so thankful to them and support them always. And in any games pls dont condemn a person bcoz A TEAM is A TEAM. Well done SARAWAK!!
Pmain import teruk..pngecut bawa bola..xda mok solo bawa bola..teruk dri local player main…masuk local player bgus gik dri pmain import…sarawak hilang kaki pecut dekat winger n agressive player..
FullTime:
1-1
Tahniah team sarawak…terbaik lah,apa pun terjadi berusaha agik ngap sayot…
Main jak ktk org dlm ya gak hahah
This is what our team need the most. Even he’s a local player but his determination to win the game for our beloved team is not questionable! Keep it up!
‘Berat boh, berat…’
MUSTAFFA kecewa dengan aksi anak buah
KUALA TERENGGANU: Pengendali Terengganu FC II (TFCII), Mustaffa Kamal Abd Wahab mengakui kecewa dengan anak buahnya yang tidak fokus menyebabkan pasukannya kempunan meraih tiga mata bertemu Sarawak dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Katanya, beliau kesal apabila tiga mata yang sudah berada dalam genggaman dinafikan dengan gol penyamaan pada masa kecederaan.
“Inilah bola sepak, apa saja boleh berlaku selagi wisel penamat belum ditiupkan tatkala kami sudah terbayangkan tiga mata penuh dalam perlawanan ini.
“Keputusan ini amat mengecewakan, tapi kita perlu menerima hakikat dan menjadikannya pengajaran kepada pemain untuk perlawanan akan datang,” katanya yang ditemui selepas perlawanan.
Dalam perlawanan itu, TFC II bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi pemain import, Akanni Sunday Wasiu yang menolak masuk bola muntah yang ditampan penjaga gawang, Mohd Iqbal Suhaimi seawal minit pertama.
Begitupun, Bobby Gonzales menjadi duri dalam daging apabila muncul penyelamat pasukannya daripada kekalahan apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-93 masa kecederaan untuk mengikat tuan rumah 1-1.
Mengulas lanjut, Mustaffa Kamal berkata pasukannya menunjukkan sedikit peningkatan berbanding ketika perlawanan pertama yang menyaksikan mereka tewas 0-4 di tangan Sabah di Kota Kinabalu, Jumaat lalu.
Sementara itu, penolong jurulatih Sarawak, Pengiran Bala gembira pasukannya tidak tewas dalam perlawanan itu dan berjaya mencuri satu mata dibawa pulang ke Kuching.
“Misi utama kami berkunjung ke Kuala Terengganu mahu mengutip sekurang-kurangnya satu mata dan pemain berjaya melaksanakan sekalipun terpaksa menanti gol di penghujung permainan,” katanya.