Pemain sensasi Sarawak, Joseph Kalang Tie dalam satu maklumbalas kepada SarawakCrocs.com menyatakan bahawa beliau belum tahu samada beliau boleh bermain Sabtu ini.
Apabila ditanya berkenaan status kecederaanya, Joseph menjawab “Hati madah okay”(Hati berkata baik), tetapi mengakui beliau perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum tahu boleh bermain menentang Selangor Sabtu ini.
Dalam pada itu, Joseph berharap kecederaan beliau tidak serius kerana ingin membantu Sarawak memungut mata penuh di Shah Alam.
Joseph diusung keluar semasa perlawanan menentang JDT selepas beliau dikasari ketika perlawanan tersebut.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




[…] sebelum ini meragui samada beliau boleh beraksi pada Sabtu ini susulan belum mendapat khidmat nasihat doktor pakar berkenaan kecederaan yang dialaminya ketika […]