Perlawanan Kuching derby yang ditunggu-tunggu bakal berlangsung.

Dengan pengesahan Kuching FA kini adalah naib juara Liga M3, maka sahlah bahawa Kuching FA akan berdepan Sarawak FA di dalam perlawanan play-off Liga Malaysia kelak.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat bola sepak Sarawak itu kini sudah hampir pasti menjadi kenyataan susulan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga mengesahkan Sarawak FA telahpun diberi lesen kelab bola sepak kebangsaan secara bersyarat.

Dengan Liga M3 kini berbaki dua perlawanan, adalah dianggarkan bahawa perlawanan play-off Liga Premier tersebut akan berlangsung samada pada akhir bulan November, atau awal bulan Disember.

Tarikh sebenar perlawanan tersebut belum lagi diputuskan oleh pihak Malaysia Football League (MFL), dan semua peminat kini menunggu pengumuman tarikh perlawanan tersebut dari pihak berkenaan.

Perlawanan tumpuan itu walaubagaimanapun masih boleh dibatalkan sekiranya pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengambil keputusan melaksanakan penggabungan pasukan Kuching FA dan Sarawak FA.

Sungguhpun demikian, rata-rata peminat tetap mahukan perlawanan tersebut berlangsung dan ada yang sudah mula bertanya bilakah tarikh perlawanan itu.

Jawapan untuk persoalan itu akan kita ketahui tidak lama lagi, jadi marilah kita sama-sama nantikan.