Sabah terus meriah, Sarawak terus malap

Dari 16 pasukan yang bertanding di Piala Malaysia 2018, tiada siapa yang memberikan harapan kepada pasukan Sabah dan MIFA. Namun kejutan demi kejutan dihasilkan oleh kedua-dua pasukan ini.

Siapa sangka Sabah adalah pasukan pertama yang layak ke peringkat suku akhir. Bukan Pahang bukan JDT bukan Kedah.

Lebih manis Sabah menyingkirkan Selangor dari pertandingan ini.

Jelius Ating harus diangkat sebagai wira yang tidak didendang oleh penyokong Sabah. Hanya beliau yang yakin akan kemampuan pasukan Sabah tatkala semua penyokong sinis dengan sasaran beliau.

Pemain tempatan Sabah juga menunjukkan kualiti yang sangat bagus hasilnya Rawilson dipanggil menyertai kem skuad senior kebangsaan. Ini bukti mereka bermain demi lencana di dada.

Hector Ramos tidak dinafikan antara nadi utama pasukan Sabah. Pembelian yang bijak dan beliau juga mudah menyesuaikan diri dengan pasukan dan taktikal jurulatih. Beliau menjaringkan gol dengan bersahaja dan kini membantu Sabah layak ke suku akhir.

Tahniah dan syabas kepada Sabah. Teruskan gandingan terbaik ini. Layak ke suku akhir Piala Malaysia sudah melepasi segala KPI yang mungkin tidak ada langsung dalam pasukan. Jika gagal ke separuh akhir sekalipun pemain Sabah harus berbangga dengan kejayaan ini.

Buat penyokong Sabah, kembali meriahkan Likas. Jurulatih dan pemain sudah menjalankan tugas mereka dan kini giliran anda pula untuk mendukung perjuangan mereka.

Buat penyokong Sarawak, tabah sahaja dengan masalah yang melanda pasukan. Selagi pengurusan yang sama selagi itu kita hanya mampu berkongsi kegembiraan Sabah sahaja. Buat Sabah, Radu Bah! – SARAWAKCROCS.COM/JJF

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top