Malam tadi, pasukan Sarawak tewas kepada pasukan Negeri Sembilan dengan jaringan 3-1. Walaupun mendahului awal hasil jaringan Nor Azizi Ramlee, pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan sebelum menambah dua lagi pada separuh masa kedua.
Sudahlah bermain di darat, kalah ditanduk rusa pula. Lebih menyakitkan, inilah kemenangan pertama skuad Jang dalam saingan Challenge Cup 2018 ini.
Kekalahan di Paroi ini ialah satu tamparan besar kerana skuad Bujang Senang dijangka beraksi lebih baik selepas berehat hampir dua minggu. Melalui pemerhatian semalam, permainan pada separuh masa pertama adalah baik tetapi sindrom hilang fokus dan goyah merosakkan permainan pada separuh masa kedua.
Negeri Sembilan pula memanfaatkan peluang akibat kerapuhan sistem permainan Sarawak dan bangkit daripada persembahan sebelum ini. Nyatalah bahawa mereka belajar daripada kesilapan dan ingin membuktikan kepada penyokong tentang kemampuan sebenar mereka.
Kita yakin bahawa permainan menentang Terengganu FC II tempoh hari boleh dijadikan sandaran untuk bermain lebih baik, sedang pasukan Jang tampak merangkak untuk mencipta kemenangan pertama. Dan nyatalah mereka berjaya menang dengan mengatasi kita.
Dengan kekalahan ini, pintu keluar semakin hampir untuk Sarawak. Apa lagi alasan digunakan untuk menjustifikasikan persembahan buruk malam tadi?
Penyokong berhak mengkritik pasukan kerana mereka sayangkan pasukan, tetapi adakah pasukan benar-benar serius menangani permasalahan yang berlaku?
Adakah bermain di Challenge Cup membebankan? Jika ya sekalipun, ini tidak patut dijadikan alasan kerana persembahan yang baik boleh menarik minat penaja untuk membantu. Bahkan, untuk kejuaraan ini saja Sarawak Energy telah sudi untuk membantu pasukan dari segi kewangan.
Atau apakah masalah gaji menjadi punca lagi? Mungkin kita boleh memahami kesukaran FAS ketika ini tetapi atas nama profesionalisme, pemain sepatutnya menumpukan fokus dan bermain baik di atas padang selama 90 minit. Begitu juga jika ada masalah perpaduan dalam skuad, maka ketepikan sentimen tersebut dan bersatu untuk bermain atas nama pasukan ke arah kejayaan.
Sarawak patut melihat kepada kejayaan jiran tetangganya, Sabah yang semakin hebat di Piala Malaysia. Jika pengurusan pasukan masih menutup mata atas persembahan buruk pasukan, ada lebih baik jika #BubarSarawakFA diteruskan. – SARAWAKCROCS.COM/RSI
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



bubar saja..
x ada peningkatan dri team yang lain
Kasi bubar..cari pmain yang baru…banyak lagi orang2 sarawak yang pandai main..
belacan team
Piala lombak kesian
Buang masa…buang duit
Boleh bla & GANTUNG BOOT jak swak fa….taik palat swak fa…
kenapa lah org SWK peminat bola sepak syg sangat dgn persiden fas
Polah team lombak perauk jak..x lamak gk lombak perauk nak..
Bubar sahaja bubar sahaja bubar sahaja bubar sahaja bubar sahaja
Brp kali suruh bubar.. Tp masih nak tunjuk pandai urus pasukan.. #FAS! Jangan buang masa buang duit la..
Team cap ayam
Memang tak ada minat dlm team sarawak fa …Rombakkan semua cari anak muda yang ada bakat contohnya Miri bintulu dan Sibu
Sebab bola tu bulat. Kalau bola tu segi empat gerenti menang.
Bubar jak semua ,semua pemain tukar abis..
Nang hancus season tok. Xda kbangkitan lgsg…
Alasan nya lupa bayar gaji semalam
Blk Kpg, tnm jagung
Lwn team Kpg Payau comfirm alah.
oh ada game kah malam tadik? sik tauk. lawan n9 pun kalah
Alasan sik boh main ..merik menang free..kalah pun 3-0 ajak
Bubar
Mcm saya..haha
Bunuh ke babi siku kena genselan ke presiden fas..
Presiden sruh letak jawatan x maok…apa nk di ckp gik…sruh jk nya yg berkuasa smpei tua sia.
Piala sik penting yg penting taun depan
Hakhakhakhak