Juara Liga Super sembilan kali JDT FC, hari ini melancarkan jersi bagi musim 2023.
Majlis pelancaran jersi baharu kelab tersebut telah diadakan di Stadium Sultan Ibrahim dengan pelbagai program seperti gerai barangan dan aktiviti sekeluarga turut dianjurkan bersama oleh kelab gergasi itu.
Rekaan jersi JDT FC 2023
Untuk musim 2023, JDT akan terus kekal menggunakan jersi jenama antarbangsa, NIKE.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
Bagi kami, jersi tempat sendiri (home) JDT FC kali ini merupakan antara yang paling menarik pernah ditonjolkan kelab tersebut kerana ianya bukan sahaja menampilkan warna tradisi kelab, tetapi juga mengaplikasikan gaya yang amat berbeza dari jersi – jersi yang pernah digayakan kelab tersebut pada musim – musim sudah.
Jersi berkolar itu hadir dengan lengan bermarna biru dengan rekaan utama kelihatan seperti garisan melintang yang diberi sedikit corak ala tentera.
Jersi away kelab tersebut juga tidak kurang mantap apabila ianya mengekalkan warna putih bersih yang sering dikaitkan dengan kelab yang diberi nama jolokan Southern Tigers itu.
Secara amnya, jersi away JDT kelihatan amat kemas untuk musim ini dan ianya sememangnya bagi kami kelihatan amat menarik.
Beli jersi JDTFC 2023
Jersi home JDT FC dan jersi away JDT FC dijual pada harga RM299.
Bagi versi jersi home kanak – kanak, ianya dijual pada harga RM235
Jika anda berminat membeli jersi berkenaan, pautan untuk membeli kedua – dua jersi ada disediakan dibawah.
- BELI jersi home (kanak-kanak) JDT FC 2023
- BELI jersi home JDTFC 2023
- BELI jersi away JDTFC 2023
- LIHAT jersi pasukan Liga Malaysia 2023
- BACA berita JDT FC