Kelab bolasepak Sabah, Sabah FC, akan bertemu dengan kelab bola sepak Melaka United apabila sepak mula Liga Super bermula kelak.

Perlawanan yang dijadualkan pada 6 Mac ini akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, dengan penonton terus kekal tidak dibenarkan bagi mengurangkan risiko penularan penyakit Covid-19.

Pasukan Sang Badak itu kemudiannya dijadualkan bertemu Kedah Darul Aman FC di Alor Star pada 9 Mac, sebelum terbang kembali ke Likas bagi melayan kunjungan PJ City FC pada 13 Mac 2021.

Sabah yang muncul dengan imej bru musim ini dilihat akan memberi saingan sengit di Liga Super kelak.

Kelab tunggal dari Malaysia Borneo di Liga Super itu telah membawa masuk beberapa pemain ternama bagi memperkuatkan kelab tersebut termasuk penyerang veteran Amri Yahyah, dan pemain sayap N Tanabalan.

Kelmarin, kelab itu juga mengumumkan kemasukan pemain pertahanan Risto Mitrevski, pemain tengah Lévy Clément Madinda dan pemain kebangsaan Indonesia Saddil Ramdani, ke pasukannya.

Kelab Sabah FC musim ini akan dilatih oleh Kurniawan Dwi Yulianto, yang merupakan lagenda bola sepak Indonesia.