Kalab Bolasepak Sabah (Sabah FC) akan diterajui oleh seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Verdon Bahanda.

Menurut laporan BERNAMA, pelantikan Datuk Verdon adalah berkuatkuasa 12 November lalu.

Laporan sama juga dipetik sebagai berkata bahawa Datuk Verdon dipilih kerana memenuhi kriteria yang disyaratkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menerajui kelab bola sepak profesional itu.

Selain Verdon, Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) turut melantik Rafie Robert sebagai Setiausaha Agung SAFA, dengan Joehari Ayub dilantik sebagai bendahari baharu SAFA.

Pelantikan ketiga – tiga individu tersebut telah disahkan oleh Pemangku Presiden SAFA, Datuk Abdul Rahman Mohd Zakaria.