Sabah FA pasukan pertama tersingkir dari Piala Malaysia

Pasukan Sabah FA menjadi pasukan pertama tersingkir dari saingan Piala Malaysia selepas permohonan laluan khas pasukan tersebut ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ini menyaksikan UiTM FC diberi kemenangan percuma 3 – 0 ke atas pasukan tersebut, sekaligus menyaksikan UiTM mara ke peringkat seterusnya.

Sabah sebelum ini dijadualkan bertemu UiTM FC di Stadium Hang Jebat Melaka untuk aksi terakhir CIMB Liga Super pada 31 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan Melihat sendiri mengesahkan Sabah tidak akan terlibat dalam saingan TM Piala Malaysia selepas tidak mendapat pelepasan keluar dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 November.

“Permohonan pengecualian bagi pasukan Sabah tidak diluluskan sehingga menyebabkan perlawanan CIMB Liga Super yang tertunda tidak dapat dimainkan, jadi pasukan UiTM FC diberikan kemenangan 3-0.

“Tempoh kuarantin kendiri wajib selama 14 hari (sekiranya pasukan Sabah tiba di KLIA pada 29 Oktober 2020) telah melangkaui tarikh perlawanan pusingan pertama (kalah mati) TM Piala Malaysia.

“Justeru, pasukan yang bakal diundi bertemu pasukan Sabah di Pusingan Pertama (kalah mati) TM Piala Malaysia 2020 diberikan kemenangan 3-0 dan seterusnya layak ke pusingan Suku Akhir.

“Pasukan Sabah adalah kekal sebagai pasukan Liga Super untuk musim 2021 dan tiada hukuman yang bakal dikenakan terhadap pasukan Sabah kerana isu ini,” katanya.

Dengan tersingkirnya Sabah, kini hanya satu pasukan dari Borneo Malaysia sahaja yang tinggal di dalam kejohanan berprestij itu, yakni Kuching FA.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top