Home Malaysian football Bujang Senang bakal berpisah dengan pemain import ambilan Januari?

Bujang Senang bakal berpisah dengan pemain import ambilan Januari?

Peminat bolasepak Sarawak hari ini dikejutkan dengan khabar angin bahawa Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengesahkan bahawa mereka akan mencari pemain import baharu, sambil melepaskan seorang pemain import yang kini bersama pasukan Sarawak.

Pemain pertahanan Sarawak, Davide Grassi, khabarnya adalah pemain yang digugurkan, dan tidak akan bersama pasukan Bujang Senang selepas ini.

Khabar tersebut dibuat oleh beberapa laman sosial berkaitan bolasepak Sarawak, dengan laman SSBNTGY mengkhabarkan bahawa berita tersebut adaah sah.

Grassi yang ditandatangani sebagai pemain import ketiga Sarawak awal musim ini tadi merupakan pemain pertahanan yang cukup rajin. Beliau yang berasal dari Itali, terkenal sebagai pemain pertahanan yang ‘commanding’ (berupaya memberi arahan) apabila beraksi.

Sungguhpun beraksi dengan baik, Grassi telah dipersalahkan oleh sebahagian peminat sebagai punca kebocoran gol pasukan Sarawak musim ini mereka memberi tekanan kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) untuk menggantikan
Davide Grassi 2016
Walaubagaimanapun, beberapa peminat di laman twitter dan Facebook SarawakCrocs menyuarakan bahawa Grassi tidak harus dipersalahkan seorang berkenaan kelonglaian barisan pertahanan Sarawak. Peminat-peminat ini beranggapan bahawa barisan pertahanan Sarawak kini ‘sudah berusia’, dan telahpun berkhidmat untuk Sarawak sejak musim 2012 lagi. Ada peminat turut menyebut bahawa masalah pertahanan Sarawak berpunca dari serangan di bahagian sayap, dan bukannya daripada kawasan tengah di mana Grassi dan Hairol Mokhtar berganding.

Kami sudah menghubungi Grassi bagi mendapatkan pengesahan daripada beliau, namun beliau enggan memberi sebarang komen buat masa ini.

Adalah juga dikhabarkan bahawa tempat tiga lagi pemain import Sarawak, yakni Juninho, Ndumba Makeche dan Gilmar Filho, selamat buat masa ini.

RECOMENDED LINKS:


1 COMMENT

Comments are closed.