Pasukan Liga Super Sabah FA kini berminat untuk menentang pasukan bola sepak dari Sarawak.

Pasukan yang dibimbing Kurniawan Dwi Yulianto dikhabarkan mahu ke Indonesia bagi memanaskan bada mereka namun situasi Covid-19 kini memaksa pasukan tersebut untuk mencari lawan di negeri jiran, Sarawak.

Menurut Kurniawan, Sabah FA kini dalam proses akhir memuktamadkan perlawanan dengan satu pasukan dengan pasukan bertapak di Sarawak di Kota Kinabalu.

“Kita merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan bulan depan, namun adalah sukar untuk mendapatkan lawan di Borneo Malaysia. Kita kini merancang untuk mengadakan satu perlawanan di Kota Kinabalu dan beberapa di Kuching” jelas Kurniawan kepada akhbar The Star.

“Terdapat lebih banyak pasukan bola sepak kompetitif di Kuching berbanding di Kota Kinabalu, dan ianya juga lebih murah untuk kita ke Kuching jika dibandingkan ke Semenanjung Malayais.

“Kita berharap akan mendapat pengesahan untuk perlawanan persahabatan ini dalam masa terdekat.” kata Kurniawan lagi.

Liga Malaysia akan bersambung pada 26 Ogos ini dengan pihak Malaysia Football League (MFL) membenarkan perlawanan persahabatan diadakan bermula 2 Ogos.

Dua pasukan yang mungkin menjadi sasaran perlawanan persahabatan Sabah FA di Sarawak adalah Sarawak United FC dan Kuching FA.

Kuching FA sudah lebih sebulan menjalankan latihan manakala pihak MFL menyatakan bahawa Sarawak United belum lagi mendapat kebenaran.