KUCHING – Ketua Jurulatih Sarawak FA, David Usop telah dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai berkata bahawa fokus utama pasukan bimbingannya musim ini adalah Liga Super.

Beliau turut dipetik berkata bahawa beliau masih optimis berkenaan peluang pasukan Bujang Senang di dalam Piala Malaysia, meskipun telah tewas dua kali.

David dalam pada itu mahu pemain tidak mudah mengalah, dan memberi fokus kepada perlawanan malam ini menentang Felda United di Stadium Negeri.

Tambah David, jika pemain membiarkan moral mereka terus menurun dan tidak fokus, kesilapan besar boleh berlaku ketika perlawanan, terutama sekali dengan tekanan tinggi apabila bermain di hadapan penyokong sendiri. – SarawakCrocs.com

49 COMMENTS

  1. steady coach..truskan angkat anak serawak..mun coach2 dlok xda nya brani nk mbak player local mudak2 main dlm team utama sarawak..klak diat hasil ny..yg penting pengalaman cdak nk mudak2 ya dlm liga super..

  2. Iboh tukar…
    Pake gaji mingguan ngekot
    EPL DAN LIGA LIGA DI EROPAH..
    Tambah gaji sidaknya…
    Baruk sidaknya senang hati main bol.. ALU banyak skor…

Comments are closed.