Pasukan Sabah FA mengesahkan kejuaraan Liga Premier 2019 malam ini apabila menewaskan pasukan UiTM FC, 2 – 1 di Stadium UiTM Shah Alam.
Kemenangan Sabah memberikan pasukan Sang Badak itu cukup mata untuk menjuarai Liga Premier musim ini, meninggalkan pencabar terdekatnya, Johor Darul Ta’zim II (JDT FC II) dengan tujuh mata.
Sabah menjuarai Liga Premier dengan 37 mata, dan baki dua lagi perlawanan.
Di dalam perlawanan malam ini tadi, impian Sabah untuk muncul juara Liga Premier hampir terkubur apabila UiTM mendapat gol pertama perlawanan pada minit ke-31 hasil melalui jaringan Zarko.
Sabah walaubagaimanapun bangkit pada babak kedua melalui jaringan penalti hasil sepakan Rodolijub Paunovic pada minit ke-56 dan tandukan kemas Aquilnaldo pada minit ke-66 memastikan Sabah mendahului perlawanan selepas itu.
UiTM cuba mencari gol penyamaan dengan melakukan asakan-asakan berbahaya, namun kekentalan barisan bimbingan Julius Anting terus mempertahankan kedudukan sehingga tamat empat minit masa tambahan sekaligus mengesahkan Sabah menjuarai Liga Premier dan melayakkan diri ke Liga Super musim hadapan.
Kejuaraan Liga Premier oleh Sabah kali ini menamatkan penantian 23 tahun peminat bolasepak Sabah untuk piala di dalam Liga Malaysia.
Selain itu, Sabah turut mengesahkan tempat ke Piala Malaysia musim Ini.
Tahniah!