Peminat bolasepak Sarawak malam tadi menghujani laman-laman sosial meluahkan perasaan bangga dan gembira berikutan kejayaan pasukan Sabah FA melayakkan diri ke Liga Super musim hadapan.

Menurut kebanyakan komen yang diutarakan peminat bolasepak Sarawak, mereka berpendapat kejayaan Sabah sebagai ‘wakil pasukan Borneo’ ke Liga Super, yang merupakan liga bolasepak tertinggi tertinggi di Malaysia.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah juga di atas Sabah yang berjaya merangkul kejuaraan Liga Premier musim ini.

Ramai juga peminat mengibaratkan Sabah sebagai ‘pasukan yang mereka akan sokong di Liga Super kelak’.

Sabah berjaya menamatkan kemarau 23 tahun tanpa sebarang piala di Liga Malaysia malam tadi apabila menewaskan UiTM FC 2-1 di Stadium UitM Shah Alam.

Biarpun Sabah masih mempunyai baki dua perlawanan, JDT FC II yakni pasukan pencabar terdekat kepada kejuaraan Sabah secara matematik tidak akan dapat mengejar Sabah lagi untuk kejuaraan liga.