Pasukan Sabah FA bakal dinobatkan juara Liga Premier jika berjaya menewaskan pasukan UiTM FC malam ini di Stadium UiTM Shah Alam.

Dengan berbekalkan perbezaan empat mata mendahului pencabar terdekat, JDT FC II, Sabah hanya perlu memastikan mereka memungut mata penuh malam ini.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Kemenangan oleh Sabah akan memastikan JDT tidak lagi berupaya mengejar di dalam saingan tangga teratas liga sekaligus mengesahkan Sabah bakal kembali ke Liga Super pada musim hadapan melalui slot automatik sebagai juara Liga Premier.

Ini adalah kerana Sabah akan memperolehi 7 mata dan ini sekaligus meletakkan Sabah tidak tercabar sebagai pendahulu Liga Premier.

Kekalahan UiTM pula juga akan secara automatik memberikan JDT posisi kedua Liga Premier.

UiTM yang kini memungut 28 mata tidak akan dapat mencabar JDT untuk kedudukan kedua Liga Premier memandangkan perlawanan menentang Sabah adalah perlawanan ke-19 mereka, dan ini bermakna mereka hanya mempunyai baki satu perlawanan.

JDT yang kini memungut 33 mata dalam pada itu akan terus selesa di tempat kedua Liga Premier kerana masih mempunyai baki dua perlawanan.