Perlawanan akhir Piala Limbang 2018 diantara ABC Club dan Awat-Awat FC bakal disaksikan oleh presiden Persatuan Bolasepak Sarawak, Posa Majais.
Menurut maklumat yang kami terima, Posa akan juga diiringi seluruh jawatankuasa tertinggi FAS dan wakil seluruh Persatuan Bolasepak dari setiap bahagian di Sarawak pada perlawanan tersebut.
Kehadiran tetamu-tetamu luar Limbang pada kejohanan kali ini adalah sempena juga dengan pemilihan bahagian Limbang sebagai tuan rumah Mesyuarat Agung FAS yang akan berlangsung pada 27 Oktober kelak.
Pada mesyuarat tersebut pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi FAS bakal dibuat sekaligus menentukan hala tuju FAS untuk masa yang akan datang.
Untuk rekod, perlawanan akhir Piala Limbang 2018 merupakan perlawanan akhir pertama yang bakal disertai oleh Awat-Awat FC. Pasukan yang berasal dari Lawas itu akan ditentang sengit oleh pasukan ABC Club, selaku juara bertahan Piala Limbang.
ABC Club turut hadir selaku pasukan terbanyak berentap di perlawanan akhir iaitu sebanyak empat kali, namun hanya menjulang trofi kejohanan sebanyak sekali.
Perlawanan akhir dijangka sengit, setelah kedua dua pasukan mempamerkan dominasi tersendiri menjelang perlawanan akhir. Selain itu, pasukan Awat-Awat turut dibarisi empat pemain muda skuad ABC Club bawah 19 tahun yang merupakan juara kejohanan musim lepas.
Perlawanan akhir Piala Limbang 2018 dijadualkan akan berlangsung pada 27 Oktober 2018 di Kompleks Sukan Limbang.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Nang standard sidaknya juak
Kelas apa ya…iboh dipadah ngn org mun setakat berita cm ya….mohon meninggal jak padah fas…
Kenapa exco fas saksikn sarawak main d final piala malaysia….brtukar exco klau permikiran sma x kemana…tukal topeng sja……..
Rami abang pendek bergambar ya …. Ada a few spesis perasit…syyyy
Penyokong swk,maukan jawatan persiden fas dipertandingkan,jgn timbalan aja,kami penyokong swk maukan persiden baru 2019. Itu baru team swk berwajah baru.