Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Sabah atas perlantikan Presiden SAFA yang baharu. Pertama kali dalam sejarah, jawatan disandang oleh bukan Ketua Menteri.
Perkara positif ini harus mendapat perhatian semua pasukan. Jika anda ingin maju maka inilah perubahan yang perlu dilakukan.
Transisi ini adalah satu nafas baru kepada pasukan Sabah.
Sabah juga kini semakin berbisa di pertandingan Piala Malaysia. Mereka akan turun ke Shah Alam menentang juara 33 kali Selangor.
Kemenangan pasti menjadi hadiah kemenangan terbaik buat presiden baharu ini.
Kemenangan di Shah Alam juga akan menyaksikan Selangor tersingkir dari pertandingan.
Medan balas dendam terbaik buat Sabah apabila sering dikecewakan Selangor di final Piala Malaysia sebelum ini.
Kini semakin banyak pasukan yang menunjukkan perubahan pengurusan yang positif.
Dimulakan dengan JDT dan kemudian Terengganu, kini pasukan Selangor, Perak dan Sabah memperlihatkan minat untuk memulihkan pasukan yang tenat terutama dari segi kewangan.
Sabah dilihat bakal menjadi wakil Borneo pertama yang mungkin kembali ke Liga Super 2020. Dengan pengurusan yang serba baharu, ditambah pengalaman Jelius Ating mengetuai barisan kejurulatihan, Sabah berada di landasan terbaik untuk merebut dua tempat teratas Liga Perdana.
Jikalau FA Sarawak dapat melihat jiran mereka ini berubah, tidak mustahil Sarawak FA juga boleh mencontohi SAFA.
Tidak salah jika kita mengambil contoh yang baik. Ini kerana SAFA membuktikan tanpa bajet yang besar serta pemain bintang mereka masih mampu bersaing dengan pasukan Liga Super.
Cuma persoalannya kembali semula kepada adakah FA Sarawak mahu berubah. Satu soalan yang sememangnya sukar untuk dijawab malah ditanya. Hanya masa menentukan. Sementara itu selamat berjuang kembali di Challenge Cup. – SARAWAKCROCS.COM/JJF