Tan Sri Tony Fernandes telah dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pada 26 Sept lalu, menggantikan Datuk Rozabil Abdul Rahman.
Menurut kenyataan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pelantikan Fernandes dilihat mampu membantu memperbaiki struktur operasi dan kewangan PSM yang mana telah mengalami kerugian RM11 juta setakat ini.
Syed Saddiq dalam pada itu juga berharap pelantikan Fernandes akan dapat menyemarakkan lagi aktiviti yang melibatkan aset – aset PSM dalam masa terdekat.
Fernandes bukanlah nama asing di dalam arena sukan negara selepas beliau juga terlibat di dalam penajaan beberapa acara sukan besar melalui syarikat milik beliau seperti AirAsia dan Tune.
Beliau kini juga terlibat secara langsung di dalam bolasepak Liga Perdana Inggeris melalui pasukan Queens Park Rangers.