Home Malaysian football Hutang Sarawak FA cukup besar (Pembetulan)

Hutang Sarawak FA cukup besar (Pembetulan)

Sarawak FA team 2018
Sarawak FA team 2018

NOTA: Kami telah membaca semula berita akhbar NST yang menjadi sumber kepada berita ini dan membuat beberapa perubahan berkaitan. Artikel sebelum ini telah memetik CEO FML sebagai menamakan pasukan, namun selepas membaca semula artikel tersebut, kami telah membuat perubahan pada artikel yang sewajarnya.

CEO Malaysia Football League (MFL) Kevin Ramalinggam hari ini mendedahkan bahawa pasukan yang mempunyai masalah hutang akan dikenakan tindakan keras.

Menurut laporan New Straits Times, Sarawak FA, bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai jumlah hutang yang cukup besar dan ianya perlu diselesaikan.

Akhbar tersebut telah menyatakan bahawa pasukan Pulau Pinang FA, Melaka United dan Kelantan FA juga mempunyai masalah yang sama.

Ramalinnggam dalam pada itu menyatakan bahawa kegagalan pasukan menyelesaikan isu hutang akan mengakibatkan pasukan dikenakan denda disamping menggangu peluang mereka untuk beraksi di pertandingan anjuran MFL yang mana melibatkan Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia dan Challenge Cup.

Adalah difahamkan semua lima pasukan yang mempunyai masalah hutang itu mempunyai sehingga Januari bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka sebelum tindakan disiplin dikenakan oleh MFL..

Masalah kewangan Sarawak FA bukanlah satu masalah asing bagi pasukan tersebut sejak peletakan jawatan mantan presidennya Datu Sudarsono Osman.

Ianya dilihat bertambah meruncing musim ini apabila wujud dakwaan bahawa ada pemain dan pegawai dikhabarkan tidak dibayar sehingga empat bulan.

Jika masalah kewangan Sarawak FA tidak diselesaikan sebelum tarikh pendaftaran pemain bagi musim 2019, ada kemungkinan pasukan yang mewakili Sarawak itu akan diturunkan ke Liga FAM dan menentang pasukan Kuching FA.

RECOMENDED LINKS:


42 COMMENTS

  1. Ini yg diinginkan oleh persiden fas datuk posa. Malah tahun depan di masih inginkan jawatan persiden fas swk itu. Dia tak mau lepaskan jawatan itu. Team bolasepak swk itu, hancur di sbd kan dia. Dia punca semua masalah dlm bolasepak swk.

  2. Disaat fans Sarawak sibuk maki FAS….fans ngri jiran kita Sabah sibuk kutip derma dh…knpa??sebab dorg xmau bnda mcm ni brlaku lagi dan ganggu mental player..so tu la inisiatif dorg sblm melarat..wlaupun kutipan blm byk sbb baru 2 hari..tpi dri sna nmpk suda smgt fans dorg mau bntu ubah team dorg..berbalik kt fans kita pula…ada mau bt bnda sama dri tahun lps dh tpi byk yg perli kecam….so xpyh la sibuk2 mau komen mau perubahan tu..xda hak kita fans tu..pgi stadium msa mng jak..tu pun dlu2…tkr pres pun klau xda duit sma jak..dgn hutang skrg and imej team dh jatuh…xda tauke bsr mok sponser….pilihan skrg cuma bubar or fans bt inisiatif sndri mau support team dr sgi bajet…mau minta kerajaan negeri tlg??…tu mnunjukn kemunduran sdh tu…bolasepak skrg dh zmn bisness…xda gik kerajaan support sja2…klau yg mau kecam2 apa aku ckp silakan la…masak sudah dgn prgai fans kita mcm tu…tgok la..skjp lgi ada la yg mngecam…

  3. Tukarrrrr……rombaaakkkk jk..mnagement…d srwak pun…bnyak players brkualiti…pkei jk pmain local srwak…..kita x prlu import plyers….cdak pngirusan mlas nk survey d stiap daerah….komen jk….x da niat lain ok….tq..

  4. Sayang Sarawak
    Sayang Sarawak Perahunya Sempit
    Sayang Sarawak
    Sayang Sarawak Perahunya Sempit
    Nakhoda Kapal Sayang
    Nakhoda Kapal Bersusah Hati
    Nakhoda Kapal Sayang
    Nakhoda Kapal Bersusah Hati

  5. tak pak yah ikut langsung pun sik kisah fas banggang lemah dlm segala urusan,bagi team yg mampu jak masuk, bertanding,main d fam pun jgn beri malu jak sapa mok main mun sik da gaji puii fas banggang

  6. Sapa president kenek tok? camnei pengurusan sampei jadi camya.? Bukan main nganok pengurusan lamak dolok..sekurang2nya pengurusan lamak sik nabung hutang….

  7. Hahahhahahahahahhahahahaha… President FAS mmg tak guna la.. Kasi team sarawak jatuh sja.. Apa tak survey player kat srawak nie.. Asik nak cri permain import sja.. Rugi la mcm ni..

  8. KENYATAAN AKHBAR
    6 OKTOBER 2018

    Berhubung dengan dakwaan oleh laman portal ‘SarawakCrocs’ dengan tajuk ‘Hutang Sarawak FA cukup besar’ bertarikh 5 Oktober 2018, saya selaku Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak dengan ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis artikel berkenaan.

    Dakwaan yang terkandung di dalam artikel tersebut merupakan fitnah yang dilemparkan kepada saya secara terang dan ini juga dilihat sebagai satu usaha mereka untuk memberi nama buruk kepada FAS.

    Setelah mendapat nasihat peguam, kali ini saya tidak teragak-agak mengambil tindakan rasmi terhadap penulis tersebut yang telah kami kenal pasti.

    SarawakCrocs merupakan perosak kepada segala usaha ke arah pembangunan bolasepak Negeri Sarawak. Ini kerana setiap usaha yang dilakukan oleh pihak persatuan tidak pernah mendapat sokongan daripada mereka dan setiap usaha yang kami dilakukan akan mendapat nada negatif daripada mereka.

    Saya juga ingin mencabar penulis artikel tersebut untuk mengemukakan kesemua bukti berhubung dakwaan beliau bahawa terdapat tunggakan gaji selama empat bulan di kalangan pemain-pemain.

    Dan saya juga memperlawa mana-mana pemain yang mengalami masalah tunggakan gaji seperti yang didakwa tampil kehadapan dengan bukti.

    Dikesempatan ini juga saya ingin mengumumkan bahawa skuad bolasepak Sarawak merangkumi pemain, kejurulatihan dan pengurusan pada musim ini akan dibubar sepenuhnya bagi memperbaki pasukan yang lebih mantap lagi untuk musim hadapan.

    Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada kesemua pemain-pemain, barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan lepas di atas sumbangan anda semua.

    Demi memperbaiki segala kelemahan dan prestasi yang buruk, langkah ini terpaksa diambil dan ianya adalah muktamad.

    Untuk musim hadapan, pasukan akan diperkuatkan oleh pemain-pemain dan barisan kejurulatihan baru.

    Kepada kesemua penyokong-penyokong pasukan bolasepak Sarawak, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda semua sepanjang musim. Kita akan kembali dengan lebih baik lagi untuk musim depan.

    Ngap Sayot!

    Dato Posa Majais
    Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak

Comments are closed.