Home Malaysian football Rodney wakil anak Sarawak dalam Harimau Malaya

Rodney wakil anak Sarawak dalam Harimau Malaya

Pemain pertahanan PKNS FC dari Serian, Rodney Celvin Akwensivie telah disenarai pendek sebagai salah seorang daripada 26 pemain yang akan berlatih selama enam hari bersama pasukan Kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya.

Rodney yang kini menabur khidmat bersama PKNS FC kemudiannya akan disenaraikan untuk menentang Nepal pada Hari Gawai kedua, yakni 2 Jun 2019 di Stadium Bukit Jalil.

Perlawanan menentang Nepal adalah perlawanan persahabatan bagi persediaan pasukan Harimau Malaya menentang Timor Leste untuk slot ke Piala Dunia 2022 dan Piala Dunia 2023.

Biarpun disenarai pendek, kedudukan Rodney di dalam skuad Tan Cheng Ho untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 masih belum muktamad kerana Cheng Hoe bakal menggugurkan tiga pemain dari senarai 26.

Hanya 23 pemain terbaik sahaja akan dibawa untuk menentang Timor Leste pada 7 dan 11 Jun kelak.

Rodney yang pernah bermain untuk Sarawak FA sebelum berhijrah ke PKNS adalah pemain kacukan Ghana – Malaysia.

Beliau dianggap antara pemain pertahanan dari Sarawak yang terbaik pada masa ini dan sering diturunkan oleh PKNS sebagai pemain kesebelasan utama.

RECOMENDED LINKS: