Lagenda bolasepak Sarawak, John Hunter kini berada di Kuching.

Adalah tidak diketahui mengapa beliau berada di Kuching, namun beliau telah ke Stadium Negeri sebentar tadi untuk memberi sedikit kata-kata perangsang kepada pasukan Sarawak FA yang sedang menjalani latihan.

Hunter dalam ucapan beliau menggesa pemain Sarawak kini mencipta memori dan menerima rakan sepasukan bagi membuat Sarawak bangga.

Beliau juga menegaskan bahawa pemain import dan pemain tempatan harus bekerjasama agar pasukan Sarawak boleh kembali gemilang.

Beliau turut mengakui bahawa menjadi pemain import di Sarawak adalah berlainan dengan menjadi pemain import di Semenanjung Malaysia.

Hunter dalam pada itu akan berada di Kuching pada hujung minggu ini dan dijangka ke Kuala Lumpur pada hari Isnin kelak.

Hunter adalah penyerang paling terbilang dalam sejarah bolasepak Sarawak dan kehebatan beliau menjadikannya satu lagenda di dalam arena bolasepak Sarawak dan Malaysia.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey