Kelab bola sepak Sarawak United gagal mempertahankan rekod tanpa kalah mereka dalam Liga Premier malam tadi apabila tewas 2 – 0 kepada pasukan PDRM FC.
Lebih perit, kekalahan tersebut berlaku di laman sendiri.
Dalam aksi perlawanan malam tadi, Sarawak United tidak menurunkan kesebelasan terkuat mereka dengan pasukan bimbingan E. Elavarasan itu hanya menurunkan dua pemain importnya, Taylor Regan dan Uche Agba, sementara dua lagi pemain importnya tidak diturunkan ekoran kecederaan.
Siatuasi menjadi lebih parah bagi kelab tersebut apabila Taylor pula terpaksa dikeluarkan pada minit ke 30 akibat kecederaan, dan tempat beliau diganti Syamie Iszuan.
Ketiadaan Taylor di bahagian pertananan menyaksikan PDRM mudah membuat serangan ke atas kubu Sarawak United, dan hasilnya, ketua pasukan PDRM, Lazarus Kaimbi mudah menjaringkan gol pertama pasukan pelawat pada minit ke-60 melalui sepakan penalti.
Bersambung babak kedua, kedua – dua pasukan saling berbalas serangan dengan Sarawak United mencari gol penyamaan.
Biarpun demikian, PDRM jelas mempergunakan kelebihan bermain dengan lebih ramai pemain import dan membuat serangan – serangan berbahaya ke kubu Sarawak United yang dikawal Sharbinee Allawee.
Biarpun cubaan demi cubaan pasukan PDRM berjaya dikekang masuk oleh Sharbinee, penjaga gol berpengalaman itu akhirnya tewas juga pada minit ke – 87 apabila Mohd Habil menjaringkan gol kedua pasukan PDRM, yang sekaligus memastikan kemenangan malam itu milik pasukan The Cops.
Kekalahan Sarawak United itu sedikit mencalarkan keinginan Sarawak United yang mahu menggungguli liga pada musim ini, namun daripada kedudukan dalam liga, peluang Sarawak United sememangnya masih lagi terbuka.