Home Malaysian football Gol saat akhir lebur hasrat Kuching FA

Gol saat akhir lebur hasrat Kuching FA

Pasukan Kuching FA gagal mempergunakan kelebihan di tempat sendiri apabila tewas kepada Terengganu FC II.

Pasukan simpanan Terengganu FC itu bermula garang apabila Engku Syakir menjaringkan gol awal perlawanan pada minit ke-5.

Kuching yang banyak bertahan pada babak pertama sekali sekala membuat serangan ke kubu Terengganu II melalui serangan – serangan kilat berbahaya.

Hudson Dias akhirnya menyamakan kedudukan untuk Kuching FA pada minit ke-26 dengan satu jaringan menarik.

Kedudukan seri 1-1 kekal sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Pada babak kedua, Kuching FA terus meneruskan aksi serangan kilat dengan pasukan Terengganu II gah menyerang.

Kuching FA yang dilihat hanya mahu mencuri mata pertama dari perlawanan Liga Premier ini hampir mencapai objektif mereka namun Terengganu II akhirnya berjaya menjaringkan gol saat akhir melalui Argzim, sekaligus menyaksikan Kuching FA sekali lagi berputih mata.

Keputusan Penuh: Kuching FA 1 – 2 Terengganu II

RECOMENDED LINKS: