Pasukan Sarawak FA dan PDRM FA yang terikat 1-1 pada babak pertama perlawanan Liga Premier di Stadium Negeri petang ini menyaksikan pasukan tuan tumah pulang dengan tiga mata berharga selepas Bobby Gonzales menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-74 perlawanan.
Perlawanan yang disaksikan kurang 2,000 penonton itu menyaksikan pasukan Sarawak bermula garang dengan jaringan awal pada minit ke-25 melalui jaringan Abdul Rahim yang menydahkan hantaran pemain import Nebosja Marinchovic.
Gol pendahuluan Abdul Rahim walaubagimanapun tidak bertahan apabila PDRM dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-34, yang mudah disempurnakan Petrisor Voinea.
Pada babak kedua, kedua-dua saling berbalas serangan, dan Bobby Gonzales meletakkan pasukan bimbingan Ian Gillan di hadapan pada minit ke-74.
Sarawak FA terus mengasak bagi melebarkan jurang gol, namun pertahanan pasukan PDRM FA terus ampuh menyekat serangan yang dipelopori Mateo Roskam dan Bobby, sekaligus menyaksikan perlawanan berakhir dengan Sarawak mengutip tiga mata berharga.

RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Tahniah
Tahniah hutamg byr. Kena denda flllmp
Tahniah.sarawak,teruskan perjuangan .
Alhamdullillah…dan tahniah pada pasukan Sarawak FA.👍👍👍
Ada k potong
Benam jgn x benam..kmnngan sja dpat mngubati hati pnyokong sarawak ni
tahniah nyap sayot…teruskan berjuang
semadi nadai…
Ooooohaaaaaa… Stedeyyyyy… Ngap Sayot!! #sarawakglory..🐊
Benam lh sangat uuuu..nasib Ada lh..hahahhaa
Tahniah! Jarang2 team yg kurang pemain(kna kad merah) bleh mnang.
Teruskn perjuangan demi Ibu Pertiwi
Tahniah kepada pasukan kuching fa