Lawan Sarawak FA di dalam Pusingan pertama Piala FA kelak, Real Chukai FC mungkin akan memberikan kemenangan percuma kepada Sarawak FA kelak.
Ini susulan masalah pasukan tersebut untuk mendapatkan dana untuk terbang ke Kuching bagi bermain di dalam pusingan pertama perlawanan tersebut yang dijadualkan akan berlangsung di Stadium Sarawak, Kuching.
Menurut kenyataan Real Chukai di laman sosial media rasmi mereka, “Pasukan kami memerlukan bantuan seluruh rakyat Malaysia bagi menampung kos pasukan kami ke Kuching Sarawak untuk pusingan pertama Piala FA MALAYSIA 2020 menentang Sarawak FA pada 23 Feb 2020 ini.”
Kenyataan sama juga menyebut bahawa sebanyak RM19,500 diperlukan bagi menampung kos pengangkutan (flight) dan penginapan pasukan semasa di Kuching.
Dalam pada itu, pasukan Real Chukai berharap agar dana tersebut boleh dikutip sebelum tengahari ini (20 Feb 2020) agar mereka boleh meneruskan kempen di Piala FA dengan bertemu Sarawak FA.
Tambah Real Chukai “Seandainya dana ini tidak dicapai sebelum tengahhari esok (20 Feb 2020), kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada Piala FA musim ini.”, sekaligus memberi bayangan bahawa pasukan tersebut mungkin terpaksa melupakan hasrat Piala FA mereka sekiranya dana tersebut tidak diperolehi.
Pihak yang mahu menghulurkan bantuan kepada kelab tersebut di:
KELAB BOLASEPAK REAL CHUKAI
5630 2861 2762
MAYBANK