Penolong Ketua Jurulatih Sarawak FA, Denny Da’ail menyatakan bahawa ketiadaan dua tonggak utama beliau merupakan punca Sarawak FA tewas malam tadi.

Denny yang ditemui wartawan selepas perlawanan malam tadi menyatakan bahawa pasukan beliau sukar untuk menyaingi PDRM kerana hanya menurunkan satu import berbanding pasukan lawan menurunkan empat hingga lima pemain import.

Beliau mengakui pasukan beliau sukar menyaingi PDRM ekoran keadaan pasukan beliau yang agak ‘tempang’.

Biarpun demikian, Denny tetap memuji anak-anak tempatan yang berjaya membuat gerakan-gerakan yang menghasilkan dua gol.

“Kita bermain dengan cuma seorang import jadi agak sukarlah untuk bersaing.

Walau bagaimanapun pemain-pemain lokal banyak juga membuat gerakan-gerakan sehingga kita boleh menjaringkan dua gol.

Cuma masalahnya kita bermain tidak menurunkan pasukan penuh dan agak sukarlah untuk bersaing dengan pasukan yang memiliki empat atau lima pemain import”.

Sarawak tewas 6-2 malM tadi kepada PDRM FA.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey