LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bola sepak Kuching City mencipta sejarah apabila layak ke Suku Akhir Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah penubuhannya.

Kelab dari Liga Premier itu berjaya melakukannya dengan menewaskan pasukan Liga Super, Penang FC dalam perlawanan yang menyaksikan Kuching menang 2 – 1.

Menanti Kuching City di peringkat Suku Akhir adalah lawan seteru setempat, yang juga merupakan pasukan Liga Super, Sabah FC.

Sabah FC telahpun mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir pada hujung minggu tadi.

Satu lagi pasukan dari Borneo yang juga pasukan di Liga Super, Sarawak United, telah tersingkir dari Piala Malaysia pada Peringkat 16 apabila tewas kepada kelab Liga Premier, Kelantan United.