Posa ajak yang berminat ambil tugasnya ‘berbincang’

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang juga pengerusi Kelab Bolasepak Sarawak United, Posa Majais, kini mempelawa individu yang berminat menggalas tanggungjawab jawatan yang dipegang dirinya di dalam persatuan dan kelab bola sepak profesional Sarawak United untuk berbincang.

Menurut kenyataan medianya, Posa berkata dia sanggup mengadakan perbincangan dengan pihak yang berminat menggalas tanggungjawab sebagai Presiden FAS dan Pengerusi Sarawak United, dimana individu tersebut dijemput hadir berjumpa pihak pengurusan tertinggi untuk perbincangan lanjut berkenaan hal tersebut.

Tidak dinyatakan samada pihak pengurusan tertinggi tersebut adalah pihak pengurusan tertinggi FAS ataupun Sarawak United, namun memandangkan kenyataan media tersebut dikeluarkan Sarawak United, andaian kami adalah ianya merujuk kepada pihak pengurusan tertinggi Sarawak United.

Tambahan pula, pada pemahaman kami, pemilihan Presiden FAS tidak boleh dibuat secara sewenang – wenangnya dimana bakal Presiden memerlukan sokongan padu exco pemegang taruh dan juga ahli sekutu FAS.

Ini berlainan dengan pemilikan kelab bola sepak Sarawak United yang lebih terarah kepada pemilikan sesebuah syarikat dimana pemilihan pengerusi boleh dibuah pada bila – bila masa.

Kenyataan Posa tidak menyatakan dia akan melepaskan jawatan yang dipegangnya, namun lebih fokus kepada mahu mengadakan sesi perbincangan dengan individu berkenaan, sambil menekankan keperluan individu tersebut memikul aspek kewangan kedua – dua entiti.

Posa juga membayangkan bahawa sesiapa yang mahu mengambil tugas beliau perlu bertanggungjawab terhadap kedua – dua FAS dan Sarawak United.

“Saya sangat mengalu-alukan individu yang berminat dan berhasrat mengalas tanggungjawab sebagai Presiden FAS merangkap Pengerusi Sarawak United FC untuk datang ke pejabat dan berjumpa dengan pihak pengurusan tertinggi bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara ini.” kata Posa dalam kenyataannya.

“Ingin saya ingatkan bahawa bakal pemegang jawatan yang berminat haris bersedia memikul tanggungjawab besar terhadap FAS dan SUFC.” jelasnya lagi.

Anda boleh baca kenyataan penuh Posa di bawah.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top