Rayuan Sarawak FA agar denda berkaitan kegagalan menyiapkan pendaftaran pasukan telah diterima oleh FMLLP yang hari ini mengumumkan bahawa denda tersebut telah dikurangkan.
Menurut kenyataan FMLLP, “hukuman denda bagi pasukan yang lewat dan gagal melengkapkan pendaftaran pasukan Liga Malaysia 2018 telah dikurangkan, dengan pasukan Sarawak FA, termasuk tiga lagi pasukan 100PLUS Liga Premier menerima pengurangan dari RM 500,000 kepada RM 200,000.”.
Sungguhpun hukuman wang denda dikurangkan, pihak FMLLP mengekalkan denda hukuman bagi sekatan perpindahan bagi pasukan-pasukan tersebut, termasuk hukuman tertangguh pemotongan mata.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam “Hukuman tersebut diringankan pada kali ini dengan memberi peluang kepada pasukan untuk membuat perubahan yang lebih baik pada masa akan datang.
Kevin walaubagaimanapun menegaskan bahawa hukuman lebih berat akan dikenakan sekiranya perkara sama berulang.