Sebanyak 14 liga bolasepak amatur, kesemuanya dari Semenanjung Malaysia, telah menandatangani perjanjian dengan Fotball Malaysia LLP (FMLLP) untuk menyertai Liga Malaysia Divisyen 5 (Liga M5) untuk musim 2018.

Perjanjian tersebut menyaksikan pemenang-pemenang dari 14 liga komuniti tersebut mempunyai laluan cerah untuk menyertai Liga M4 yang menjadi salah satu daripada struktur Liga Malaysia yang baharu.

14 liga amatur yang menandatangani perjanjian bersama FMLLP adalah:

1. DD League (Cheras, Kuala Lumpur)
2. Liga Komuniti Puchong (Puchong, Kuala Lumpur)
3. Shah Alam League (Klang, Selangor)
4. Subang Football League (Subang, Selangor)
5. Sunrize Community League (Sungai Buloh, Selangor)
6. Klang Valley League (Shah Alam, Selangor)
7. Liga PBKL DIV 1 (Kuala Lumpur)
8. South Selangor League (Shah Alam, Selangor)
9. Selangor Social Premier League (Shah Alam, Selangor)
10. Melaka Div 1 – Melaka FA (Melaka)
11. Pahang Div 1 – Pahang FA (Pahang)
12. Piala Sultan – Johor FA (Johor)
13. Liga PBSNT – Terengganu FA (Terengganu)
14. Terengganu Amateur League (Terengganu)

Merujuk kepada senarai tersebut, hampir semua liga tersebut adalah di kawasan Lembah Klang, dengan hanya Johor, Terengganu, Pahang dan elaka yang tersenarai di luar kawasan Lembah Kelang.

Tiada liga amatur dari Sabah dan Sarawak disenaraikan di dalam sesi perjanjian bersama FMLLP kali ini.

Facebook Comments

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

2 COMMENTS

Comments are closed.