Kelab Liga Premier Kuching City FC memuktamadkan perpindahan Aylton Ferreira Ananias.

Bekas pemain Kelantan United FC itu baru sahaja selesai tempoh kuarantin selama 14 hari dan beliau telah menandatangani kontrak bersama kelab baharunya hari ini.

Berita gembira itu telah dikongsikan Kuching City di media sosial rasmi kelab tersebut.

Aylton mengambil alih tempat Bryan Jones yang digugurkan oleh Kuching City pada saat akhir.

Pemain pertahanan berusia 32 tahun itu pernah menabur khidmat di beberapa kebal bola sepak di negara kelahirannya Brazil, sebelum beliau berhijrah ke Asia Tengah bersama pasukan dari Kuawait dan Oman.

Beliau seterusnya ke Asia Tenggara dan menyertai Kelantan United pada musim lalu yang mana menyaksikan beliau membantu kelab tersebut mengakhiri liga di kedudukan ke-lapan Liga Premier dengan hanya 19 gol bolos.

Kehadiran Aylton sememangnya ditunggu oleh peminat bola sepak Kuching memandangkan ianya adalah satu keprluan untuk kelab tersebut memantapkan lagi bahagian pertahanan Kuching City yang dilihat agak goyak pada musim lepas.

Buat masa ini, nombor jersi Aylton tidak diketahui.