Kelab Liga Super, Sabah FC telah mengambil keputusan mengekalkan pemain pertahanan berbangsa Korea mereka Park Tae Su.

Laporan akhbar Borneo Post menyatakan bahawa kelab tersebut telah mengambil keputusan mengekalkan pemain pertahanan tersebut untuk semusim lagi, sekaligus menyaksikan Sabah kini sedang giat mencari empat lagi pemain import.

Tae Su yang berumur 31 tahun tidak pernah bermain di Asia Tenggara sebelum beliau berhijrah ke Sabah pada tahun 2019.

Pemain tinggi lampai itu dikekalkan selepas mempersembahkan aksi menarik dan mantap pada musim 2019, dengan peminat rata – rata memuji keyakinan permainan beliau di bahagian pertahanan tengah.

Dengan pengekalan Tae-Su, Sabah kini sedang mencari empat lagi pemain import dengan beberapa pemain terbilang seperti pemain USL, Dane Kelly dan bekas pemain JDT, Jorge Pereyra, dikatakan dalam radar pasukan Sang Badak itu.