Sabah FC telah mengesahkan mereka telah mengikat kembali bekas penyerang kelab sersebut, Bobby Gonzales.

Penyerang yang pernah memenangi Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan untuk Liga Premier itu pernah bermain untuk Sarawak FA, Pulau Pinang, Perak, PKNS dan Felda United.

Selain Bobby, Sabah FC turut mengumumkan mereka berjaya mendapatkan khidmat penjaga gol Rozaimie Rohim, pemain pertahanan Rawilson Batuil, Mohd Azwan Fattah, Ewan Wansley Wenceslaus dan Jenius Karib.

Turut rasmi menjadi pemain Sabah FC adalah pemain tengah Alto Linus, Sabri Sahar, Mohd Azzizan Nordin, Dendy Lowa, Ricco Nigel Milus, dan Mohd Syukri Baharun, manakala penyerang yang sah bersama Sabah kali ini adalah Rahman Shah Marajeh dan Ariusdius Jais.

Semua pemain Sabah yang disahkan kini dalam senarai pemain Sabah adalah anak kelahiran Sabah.

Sabah kini dibawah latihan Kurniawan Dwi Yulianto, yang dilantik semula sebagai Ketua Jurulatih kelab tersebut pada awal bulan ini.

Kelab Liga Super itu dijangka akan memberi saingan sengit di dalam Liga Super apabila kejohanan tersbeut bermula pada 28 Februari kelak.