Penyerang sensasi Sarawak FA, Bobby Gonzales mengulangi kejayaan pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2018 apabila berjaya merangkul Pemenang anugerah penjaring terbanyak Liga Perdana (pemain tempatan) sekali lagi musim ini.

Bobby yang menjaringkan sembilan gol untuk pasukan Sarawak menerima trofi kemenangan beliau daripada CEO Malaysia Football League, Kevin Ramalinggam sebentar tadi.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Gambar penganugerahan trofi tersebut telah dikongsikan oleh Bobby di laman sosial beliau tadi.

Bobby pada musim lepas menerima anugerah sama selepas menjaringkan 12 gol untuk pasukan Sarawak FA.

Seperti juga tahun lepas, Bobby adalah satu-satunya wakil dari Sarawak FA yang menerima anugerah di ABK.

Tahniah Bobby!