Kuching City FC hari ini dilaporkan telah mengambil Aylton Alemao sebagai pemain import ke-empat pasukan tersebut.

Menurut laporan akhbar tempatan, pemain pertahanan dari brazik itu dibawa masuk bagi mengukuhkan barisan pertahanan Kuching City FC pada musim 2021.

Berumur 32 tahun, Aylton merupakan bekas pemain import Kelantan United, dan beliau mempunyai ketinggian 6 kaki 1 inci.

Sebelum ke Kelantan United, Aylton pernah bermain dengan tidak kurang lapan buah kelab di Brazil.

Penolong jurulatih Kuching City, Ideris Untong, dilaporkan berkata bahawa Alemao merupakan pemain import keempat mereka, selepas Yuta Suzuki (tengah), Leo Alves (penyerang) dan Hudson Dias (penyerang)

“Alves, Dias dan Alemao masih berada di Brazil dan dijangka tiba di Kuching pada penghujung bulan ini.” kata Ideris kepada akhbar tempatan.

“Disebabkan kekangan penularan Covid-19, mereka mengalami kesukaran untuk memasuki negara ini,” tambahnya lagi.

Kemasukan seorang pemain import di bahagian pertahanan Kuching CIty sememangnya dijangka selepas Ketua Jurulatih Kuching City, Irfan Bakti melahirkan kemahuannya mahukan seorang pemain import di bahagian berkenaan musim ini.