Dalam tempoh beberapa hari ini, laporan media mendakwa bahawa pihak pengurusan Sarawak United tidak membenarkan rakaman sesi latihan kelab bolasepak Sarawak United.
Bukan setakat itu, jurulatih Sarawak United yang baharu didakwa sudahpun mula melatih pasukan Sarawak United sejak dua minggu lalu, dan sesi pemilihan pemain baharu juga didakwa sedang giat dijalankan.
Menurut laporan Suara Sarawak, Sarawak United enggan publisiti awal.
Ini agak menarik sebab inilah kali pertama di dalam sejarah bola sepak Malaysia, dan mungkin dunia, sesebuah pasukan enggankan publisiti dimana pasukan lain mengutamakan publisiti agar boleh menaikkan jenama mereka.
Mungkin pihak Sarawak United mempunyai sebab mengapa mereka enggan publisiti, namun yang pasti, kekurangan maklumat dan sikap berdiam diri pihak Sarawak United membenarkan dan menimbulkan pelbagai spekulasi di pihak peminat.
Buat masa ini, laporan media jelas membayangkan bahawa pasukan Sarawak United adalah pasukan yang serba lengkap.
Daripada laporan Suara Sarawak yang terkini, ianya didakwa bahawa pasukan Sarawak United “adalah adunan pemain handalan dari Sarawak serta Semenanjung Malaysiaā€¯, sekaligus membayangkan bahawa Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) kini lebih menumpukan kepada bersaing di Liga Premier.
Ianya juga menggambarkan betapa FAS kini sudah sedar bahawa pembangunan pemain bola sepak anak jati Sarawak hanya akan berlaku apabila pasukan utama kompetetif.
Dalam perkembangan sama, khabar bahawa Magro Oliva adalah Ketua Jurulatih Sarawak United semakin kencang dan peminat kini agak teruja mengetahui siapakah sebenarnya ketua jurulatih Sarawak United yang telah dipilih.
Buat masa ini, semua peminat dan media terpaksa membuat spekulasi sendiri berkenaan pasukan Sarawak United kerana pihak pengurusannya didakwa hanya mahu membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat setelah segala butiran terperinci mengenai jurulatih dan pemain lengkap.
Jadi, buat masa sekarang, ianya semua adalah rahsia kerajaan, seperti juga the 2020 SarawakCrocs tribal jersey yang kami akan lancarkan pada hujung Januari kelak.