Hakim yang mengendalikan kes penyelewengan wang Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dayang Ellyn Narissa, telah menarik diri (recuse) daripada menjadi hakim perbicaraan kes tersebut.

Menurut laporan Dayak Daily, Dayang Ellyn membuat keputusan tersebut kerana beliau mengenali tertuduh dan keluarganya dengan rapat.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Tertuduh yang dikenali sebagai Razali Dolhan kini akan dihadapkan ke hakim lain pada tarikh baharu.  Kes tersebut kini akan dikendalikan oleh Hakim Marutin Pagan.

Dalam pada itu, kes akan disebut semula pada 20 Ogos ini di hadapan hakim baharu tersebut.

Razali didakwa melakukan tiga penyelewengan wang FAS pada tarikh Januari 18, Februari 4, dan Februari 13 2017, dengan wang berjumlah RM30,000, RM139.920 dan RM21,378.70 dilaporkan disalah guna pada tarikh-tarikh tersebut.

Laporan laman web sama turut menyebut bahawa bekas ahli exco FAS itu didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 1 – 14 tahun, denda dan sebatan jika didapati bersalah.

Razali dibenarkan diikat jamin dengan RM8,000 dan dua penjamin.

Razali juga harus melapor diri ke pejabat polis terdekat setiap dua minggu.

Dakwaan pecah amanah Razali pertama kali dibongkar dan dilaporkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malays (SPRM) oleh Presiden FAS Posa Majais.

Dakwaan tersebut telah disangkal oleh Razali melalui satu sidang media dimana beliau mengugut akan mengambil tindakan undang-undang ke atas FAS jika tiada permohonan maaf dibuat.

Biarpun tidak terlibat dengan FAS lagi, Razali kini masih memegang jawatan di Malaysia Football League (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia.