Pasukan Piala Belia Sarawak mencuri satu mata setelah seri tanpa jaringan menentang Johor Darul Takzim IV di tempat lawan semalam. 

Pasukan Piala Belia berjaya mengekalkan momentum positif apabila berjaya mencatat 6 perlawanan tanpa kalah sejak perlawanan menentang SSMP bawah 17 tahun pada 30 April lepas. 

Keputusan ini turut meletakkan pasukan Sarawak di tangga ketiga Piala Belia kumpulan A dengan kutipan 23 mata. 

Pasukan Piala Belia Sarawak dijadualkan akan menentang Kedah pada 2 Julai 2017 di Stadium Negeri.