Susulan desakan ramai akibat kebuntuan pasukan Kelantan FA di Liga Premier, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan, akhirnya mengumumkan peletakan jawatan beliau.
Pengumuman itu telah dibuat dalam Facebook rasmi beliau.
Ianya sekali gus membuka laluan kepada calon presiden baharu untuk dilantik menerajui KAFA. Adalah dijangkakan pelantikan presiden baharu akan dibuat dalam masa terdekat.
Bibi mengambil alih KAFA pada 18 September 2017 dengan harapan dapat memacu kembali Kelantan ke arah kegemilangan di dalam arena bolasepak.
Bibi dipetik telah menggunakan duitnya sendiri bagi cuba menaikkan nama pasukan Kelantan dan menyelesaikan masalah kewangan berkaitan gaji pemain.
Sungguhpn demikian, Kelantan dibelenggu isu hutang dan tunggakan gaji pemain dengan pasukan utamanyanya, Kelantan FA, menghuni tangga kedua tercorot Liga Premier. Kelantan juga telah ditolak tiga mata selepas didapati gagal menepati kehendak FIFA dalam isu pembayaran pampasan salah seorang pemainnya.
“Saya Hajah Bibi Ramjani Ilias Khan selaku Presiden KAFA dengan ini melepaskan jawatan saya..semoga KAFA maju jaya di bawah pengurusan baharu.
“Terima kasih kapada semua penyokong yang tidak pernah putus untuk menyokong Kelantan FA. Mohon maaf dari saya kepada semua sepanjang saya memimpin KAFA.
“Saya mohon komen yang tidak menyentuh perasaan anak-anak saya,” katanya dalam satu kenyataan.”