Pasukan bimbingan Denny Daíal tewas kepada UKM FC malam ini tadi sekaligus menyaksikan pasukan mewakili Sarawak itu terus gah di tanggah terbawah Liga Premier.

Sebanyak lebih kurang 464 peminat hadir di Stadium Sarawak untuk menyaksikan aksi pasukan Bujang Senang malam ini dengan harapan Sarawak mampu bangkit dari kemarau kemenangan di Liga Premier.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Sarawak FA dilihat mahu menyerang bagi mengutip mata penuh dengan menurunkan empat penyerang, termasuk Rodrigo Amorim yang merupakan pemain import terbaharu pasukan Sarawak.

Di bahagian pertahanan, tiga pemain pertahanan Sarawak diberi tugas mengawal pemain pasukan UKM FC yang menggunakan formasi 4-4-2.

Sungguhpun demikian, UKM meledakkan gol pertama perlawanan pada minit ke-14 melalui pemain import mereka Milad Zanidpour.

UKM menambahkan lagi derita pasukan tuan rumah pada babak kedua perlawanan apabila menjaringkan gol kedua perlawanan pada minit ke-52 melalui Wan Mohamad Faiz.

Alif Hassan walaubagaimanapun mendekatkan jurang kedua-dua pasukan melalui sepakan percuma pada minit ke-84 namun segala usaha tersebut tidak berjaya membantu Sarawak yang bolos lagi pada minit ke-88 perlawanan hasil usaha Faiz.

Keputusan 3-1 memihak UKM kekal sehingga akhir perlawanan, sekaligus memberikan UKM tiga mata berharga pada malam ini.