11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Penjaga gol utama Sarawak, Sani Anuar melahirkan perasaan kecewa berkenaan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan beliau menerima rasuah.

Sambil menegaskan bahawa beliau sentiasa memberikan yang terbaik untuk pasukannya, Sani mengaku sedar bahawa kesilapan mudah berlaku ketika perlawanan, dan beliau akur kadang-kadang kesilapan tersebut membawa kepada kekecewaan dikalangan peminat, terutama sekali apabila pasukan kalah.

SHOPEE

Tambah Sani lagi, beliau sememangnya lebih gemar mendiamkan diri terhadap segala komen yang dilemparkan peminat berkenaan dirinya, namun terpanggil untuk membuat kenyataan ringkas di laman sosial Facebook apabila isu rasuah dikaitkan dengan dirinya.

Dakwaan tersebut mula timbul apabila segelintir peminat dilihat kurang berpuas hati dengan prestasi Sani yang bagi mereka kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

Dalam pada itu, Sani meminta sesiapa yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah agar membuat laporan dengan nama penuh kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia (SPRM), dan tidak hanya bercakap kosong di laman sosial.

Penjaga gol berpengalaman itu menegaskan bahawa dakwaan rasuah adalah dakwaan serius, dan ianya melibatkan maruah beliau sebagai seorang individu.

Pada hemat SarawakCrocs.com, dakwaan rasuah sememangnya amat serius dan tidak harus dilemparkan sesuka hati, walaupun di laman sosial. Ianya bukan sahaja mampu menjejaskan moral seseorang pemain, tetapi juga akan boleh menjejaskan prestasi keseluruhan pasukan.

Untuk rekod, Sani telah banyak berjasa kepada skuad Bujang Senang sepanjang khidmatnya bersama skuad Bujang Senang, dan telah menolak tawaran lebih lumayan dari kelab lain kerana suka dan sayang bermain untuk Sarawak.

2 COMMENTS

Comments are closed.