Presiden FAS sanggup letak jawatan

KUCHING : Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Dato Posa Majais sunggup meletak jawatan jika itu adalah permintaan daripada peminat bola sepak Sarawak.

Walaubagaimanapun, beliau hanya akan berbuat demikian sekiranya pengganti beliau dapat menjamin bahawa FAS akan diberi dana/ditaja sebanyak RM1 juta sebulan, bagi tujuan pengurusan bagi pengurusan FAS, yakni termasuk membayar gaji pemain dan pegawai, dan menguruskan pasukan-pasukan di bawah FAS seperti pasukan Piala Presiden, dan Pasukan Belia Sarawak.

Posa yang dipetik oleh akhbar The Borneo Post berkata bahawa hampir RM1 juta diperlukan setiap bulan bagi menggerakkan FAS, dan dana bernilai RM10juta yang diperolehi daripada tajaan sebelum ini adalah tidak mencukupi bagi tujuan itu, buat masa ini.

Beliau turut sekali lagi menekankan bahawa FAS sememangnya menerima dana dari kerajaan Sarawak, namun dana tersebut tidak mencukupi.

Tambah Posa, jika tiada pengganti yang sanggup mengambil tempat beliau, beliau berharap peminat memberi beliau peluang sebagai presiden sambil menjelaskan beliau baru sahaja memikul tanggungjawab tersebut.

Sebelum ini, Posa telah memberitahu bahawa Sarawak FA adalah pasukan yang mempunyai peruntukan terkecil di Liga Super, dan memohon peminat memahami situasi FAS kini. – sarawakcrocs.com

SERTAI LIGA FANTASI SARAWAKCROCS DENGAN MENGGUNAKAN KOD 577368-135957

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top