Home Malaysian football JDT dijangka bakal turunkan pemain simpanan

JDT dijangka bakal turunkan pemain simpanan

Pasukan JDT bakal menurunkan barisan pemain simpanan mereka apabila bertemu pasukan Sarawak FA malam ini di Stadium Negeri.

Menurut blog sukan ESPN, Ulisses Morais tidak mahu pasukan beliau mengambil mudah pasukan Sarawak FA dan tidak mahu pasukan beliau meraikan kejuaraan Liga Super dahulu.

Dalam pada itu, laman blog tersebut memberi gambaran pemain seperti Darren Lok, Haziq Nazli, Hasbullah Abu Bakar dan S. Chanturu akan diturunkan bagi memberi mata penuh kepada JDT, sekaligus mencerahkan lagi peluang pasukan bergelar Harimau Selatan itu ke pusingan kedua Piala Malaysia.

Sarawak FA dalam pada itu juga dijangka akan menurunkan pemain-pemain muda seperti ketika mereka menentang Terengganu FA di dalam perlawanan Piala Malaysia terakhir.

Ini adalah bagi memberi peluang kepada pemain senior pasukan berehat selepas pasukan dari Kuching itu jatuh ke zon penyingkiran Liga Super pada hari Rabu lalu, dan amat perlu mula mengutip mata bagi mencapai sasaran untuk kekal di Liga Super pada 2018.

Dalam pada itu, JDT dilihat amat mampu untuk mengutip mata penuh di dalam perlawanan yang berlangsung malam ini, tetapi jika pasukan Harimau Selatan itu tidak berhati-hati, barisan muda Sarawak FA yang dikenali dengan semangat juang mungkin boleh mengubah keadaan. – sarawakcrocs.com

Previous articlePresiden FAS sanggup letak jawatan
Next articlePemain tengah Dortmund pindah ke Newcastle

77 COMMENTS

  1. Kalau turunkan pemain simpanan sarawak tak dapat kalah kan Jdt malam ni tak tau lah nak cakap dah….pemain sarawak kuat apa tapi tu lah dimana silap nya.

  2. Kalau JDT hantar pemain2 sekolah rendah pn mlm ni mnentang sarawak belum tentu blh draw…kalah sarawak dah pasti..yg pasti no ekor ada draw arini…#mainstandardnembiaksekolahrendah

  3. Mun dkira dr segi matemetik kkuatan swk lbh power agik drpd jdt…andai 100% plys local yg main mlm tow! Sbb ya dlm skd jdt mun sik silap kameklah sikda yg ori asal dr jhr,kbykan plys jdt dtg drpd daerah lain disluruh tnh mlaya…beza kkuatan dlman hanya sigik…iaitu jdt baaaannyaaaak waaaang….kataku jklah!

  4. Tak usah lah mehina sgt player2 n team Sarawak,Sarawak masih dlm liga super liga peringkat tertingi liga Malaysia.dlm sukan ADA masa team kita Kat,bawah n ada masa kat atas,sama2 kita n harap team Sarawak mng mlm ni n meneruskan kemanangan dlm 3 plawanan piala Malaysia n 4 lagi saingan liga super n next year kekal dlm liga super n mesti org ada power dlm ngeri Sarawak ambil alih kepimpinan fas Sarawak mcm ngeri lain km or mb.in shaa Allah.

  5. Aku sokong jdt jak..mlas dh ku sarawak..mala jak klah…matah smangat anak sarawak…harap2 jdt menang…jdt pon team srwak juak…

  6. Kalah menang aq sokong sarawak . . Sik da yang lain . . Kerana darah aq miak orang sarawak . . So . . Jangan malu dan mudah putus asa sokong sarawak . . Sarawak tanah tumpah darah ku . . S4S sarawakforsarawakian

  7. Semua mdah martabat srawak rendah.. .sebb jdt anta team simpanan.. jdt nak bagi peluang ..sebb jdt maok jdt 1 sarawak no 2 sama2 masuk peringkat seterusnya.. terbaik jdt ..hnya untuk sarawak jak jdt polah cmya.. bukan. Sebb menghina. Tapi jdt nak membina. X nampak gik kah?

Comments are closed.