Home Malaysian football Piala Malaysia: Peluang terakhir buat Sarawak FA

Piala Malaysia: Peluang terakhir buat Sarawak FA

Biarpun hanya memungut satu mata daripada tiga perlawanan di Kumpulan D untuk Piala Malaysia, Sarawak kini masih mempunyai harapan untuk melayakkan diri ke pusingan kedua pertandingan sekiranya berjaya menewaskan JDT esok hari di Stadium Negeri.

Tugas berat walaubagimanapun menanti pusakan Sarawak FA yang akan berdepan dengan pasukan JDT yang kini sedang di dalam prestasi terbaik untuk mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan kedua pertandingan tersebut.

Adalah dilaporkan juga, moral dikalangan pemain Sarawak FA semakin merundun ekoran kekalahan terbaharu kepada Melaka United, yang mana merupakan pasukan yang sebelum ini menduduki tangga ke-11 Liga Super.

Kemenangan ke atas JDT akan mampu melonjakkan Sarawak FA mencerahkan peluang Sarawak FA di Piala Malaysia, namun kekalahan atau keputusan seri akan hampir sekali menutup terus peluang anak didik Pengiran Bala untuk mara ke pusingan kedua, sekiranya perlawanan di antara Selangor FA dan Terenganu FA berkesudahan dengan kemenangan kepada Terengganu FA.

Apapun, adalah dijangkakan Sarawak FA akan bermain di dalam stadium yang hampir kosong malam esok ekoran prestasi buruk pasukan tersebut sejak akhir-akhir ini. – SarawakCrocs

Previous articleHarapan kekal di Liga Super semakin pudar
Next articlePresiden FAS sanggup letak jawatan

27 COMMENTS

  1. Tarik diri ajaklah Sarawak FA. Walk over jk bah! Mbrik malu negeri ajak ktk org main bol ngembak namo negeri. Main mcm org xado training….xado semengat!

  2. Jika masih dgn kekalahan..sebaiknya tidak perlu lg meneruskan baki perlawanan…putus harapan nk hadap result mcm ni…butoh la pengurusan mcm ni…

  3. Iboh main bol gik. Polah sukan permotoran jak. Polah track banyak2. Dari off-road track sampei ke litar mcm sepang & drag track. Guna tanah Swak yg luas seadanya sebaik mungkin. Mbiak kinek tok Xmaok main bol gik😂😂😂😂

Comments are closed.