Pemilihan FAS: Nama Awang Tengah jadi sebutan

Menjelang pemilihan exco Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Sabtu ini, wujud maklumat yang diperolehi SarawakCrocs bahawa Menteri Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan bakal dicalonkan sebagai Presiden FAS yang baharu.

Menurut maklumat yang diperolehi SarawakCrocs, pencalonan Awang Tengah akan dilakukan oleh beberapa bahagian, dan beliau dijangka akan mendapat sokongan baik di kalangan exco FAS.

Penglibatan Awang Tengah di dalam bolasepak Sarawak bukanlah baharu apabila beliau pernah menghadiri beberapa majlis anjuran FAS.

Di Bahagian Limbang, beliau turut aktif mempromosikan bolasepak di bahagian tersebut, termasuk terlibat secara aktif di dalam penganjuran beberapa pertandingan bolasepak tempatan.

Minat Awang Tengah di dalam bolasepak juga boleh dilihat agak mendalam apabila beliau, seperti juga Datuk James Masing, sering mengutarakan pendapat berkenaan isu berkaitan bolasepak di media tempatan.

Selain Awang Tengah, turut sama dijangka akan dicalonkan ke jawatan Presiden FAS adalah YB Abdul Karim, dan Datuk Fadillah Yusof, namun maklumat terbaru SarawakCrocs kini, menyaksikan kerusi panas FAS hampir pasti dimenangi Awang Tengah menjelang pemilihan exco FAS Sabtu ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top